Gaji Guru
Lihatlah gaji guru 22 tahun yang lalu. Terima kasih kepada Cikgu Azman kerana membenarkan penyata gaji miliknya dulu dipost di sini. Sekadar merenung kembali segala yang dimiliki kini. Maka bersyukurlah kita seadanya.
Ini pula slip gaji 17 tahun yang lalu bagi guru2 yang memulakan karier ketika itu. Ada sedikit pertambahan berbanding 5 tahun sebelumnya. Namun nilainya ketika itu rasanya memang sudah besar.
Jika dibandingkan dengan imbuhan pada hari ini,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS9VLZuB-JbP5Ep3RmJsQE7TZOOvYURFO1Znr50eKGEA7k-wc-a6rfOwaICxDgYBMPWyPahYchyP0PRU0n6Ub-NCniW1xCtG57a0cArRhl3V73jH-UG4KzGdjD_4zo_F-9VGJNBMJBk4DQ/s400/IMG_0004.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYUfpoBJ-JP0HarH3F6s0q3uQwQjRL67uUCGdOMuSJOdKDCJEZVklrQixrHvT15iAg9PoFYegdLHlclZIGYAfyb-ONyv2porF3HYod0MooYYq_ihcmBmi4perdX-kSnWGQLl7rTGEOnXGR/s400/IMG_0001.jpg)
Jelas berbeza sama sekali,
Namun bagi seorang bergelar guru,
Bukan gaji dan imbuhan semata diburu,
Tetapi kepuasan mendidik anak bangsa yang saban tahun bertamu,
Jika hari ini bekas anak murid kita menjadi peguam, kita masih seorang guru,
Jika hari ini bekas anak murid kita menjadi doktor, kita juga masih seorang guru,
Cuma yang berbeza, kita semakin dimamah usia,
Namun tetap menggagahkan diri berbakti kepada negara tercinta,
Sambil meniti arus kemodenan bidang perguruan,
Dan cuba berdiri sama tinggi dengan guru-guru bergelar graduan.
Tahniah kepada semua guru seangkatan,
Teruskan perjuangan memajukan kelulusan dan pencapaian,
Segulung ijazah dikejar bakal dalam genggaman.
...ilham rasa
che tun, 21 Januari 2009
che tun, 21 Januari 2009
No comments