LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Kenangan 2008 iii

Guru2 dan murid2 SKKD menjalankan gotong royong keceriaan sekolah. Mengendalikan majlis perasmian program kitar semula anjuran PIBG, manakala Ustaz Yusly mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan Ilahi.
Program ceramah bahaya aedes dan denggi sempena gotong royong perdana oleh pegawai kesihatan daerah Kuala Langat.

Projek kitar semula anjuran PIBG SKKD.

Lawatan muhibbah pelajar dan guru2 sekolah Jepun di Kuala Lumpur ke SKKD. Kami bertukar2 pendapat dan memperlihatkan kebudayaan dan adat resam Malaysia.

Projek menyiapkan papan kenyataan berbumbung di sekolah. Ini adalah inisiatif dan buah fikiran Pn Nooriah, bos kami yang sukakan keindahan dan kesempurnaan infrastruktur sekolah demi keselesaan warganya.

Guru2 bertungkus lumus menyiapkan mural di blok A. Maklumlah ketika ini sekolah dicalonkan sebagai sekolah cemerlang.

Majlis bacaan Yassin dan solat hajat murid2 dan guru2 tahun 6 diketuai oleh Cikgu Azman.

Guru2 JK Keceriaan sekolah menyiapkan parking lot di dataran Seri Gemilang.
Guru2 sedang memindahkan anak pokok orkid untuk dihias di taman orkid yang sedang dibina.

Ini pula projek keceriaan juga yang mana kami menanam semula anak benih pelbagai pokok bungaan di seluruh kawasan dan taman SKKD.

Pembinaan bengkel KH yang diketuai oleh En Sidek. Namun kelihatan dalam gambar ialah En Pardi dan En Azman.

No comments

Powered by Blogger.