Kenangan 2008 vii
Sempena Maal Hijrah 2008, Kelab Guru dan Kakitangan serta Panitia Agama Islam SKKD telah mengadakan acara memasak bubur lambuk. Tu dia kelihatan dalam gambar En Pardi (kini PK KoKu SK Sg Manggis) sedang mengacau bubur. Kacau, jangan tak kacau. Karang berkerak hangit lak bubur tuh. Ekeke! Ramai lak tu peminat kat tepi tu...
Budak2 pun tak sabar2 nak menikmati keenakan bubur masakan guru2 mereka. Apa taknya, bau harum merebak ke satu sekolah.
Adegan rasa merasa oleh ketua chef kita, sapa lagi kalau bukan Cikgu Rahati, Kak Long kami.
Saat2 pembungkusan...
Yeah, guru2 cun melecun menanti kehadiran murid tersayang untuk mengagihkan bubur lambuk.
Sukanya si Adam ni dapat bubur lambuk...
Last part program hari tersebut, giliran saya dan Hjh Zana cuci periuk belangalah pulak. Apa pun, seronok sangat lihat keakraban silaturrahim antara guru dan sambutan murid2.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_59U6BLhsE9Z2Zvgm4rthsfiYxnbvbWh5kwAW8VVt64qqF14I2-ZavSocWyVffh2w0u9RGbgNPNP-nB_71Ued9JOl7522nWjEvZWwNQdCWyl_OF8FA52QznepsnKMdrFDALDXYRg2plvA/s400/DSC_0131.JPG)
No comments