LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Luka

Ia terjadi kerana bahagian dalam kulit pecah selepas sesuatu kecederaan.

Jenis Luka

  1. Luka terbuka

  2. Luka tertutup

Luka Terbuka

  • Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.

  • Terdapat beberapa jenis luka iaitu luka terhiris, luka terkoyak, luka tusukan, calar-balar dan luka tembakan.

Luka Tertutup

  • Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh

  • Darah tidak keluar melalui kulit

  • Boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan

  • Adakalanya darah mungkin keluar melalui pembukaan semulajadi dalam badan seperti melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau muntah

  • Kadangkala kelihatan tanda-tanda luaran seperti lebam atau darah terkumpul di bawah kulit

  • Ada ketikanya tiada sebarang tanda-tanda luaran kelihatan

Jenis Luka Terbuka:-

Luka terhiris

  • akibat terkena pisau, pisau cukur atau hujung lembaran kertas

  • menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula

Luka terkoyak

  • mungkin terkena kawat duri, alatan mesin atau cakaran binatang

  • aliran darahnya kurang berbanding luka terhiris kerana saluran pembuluh darah terkoyak lebih cepat bercantum

  • darah beku akan kelihatan merentangi pinggir luka

  • luka ini boleh tercemar

Luka tusukan

  • mungkin disebabkan paku, jarum, garfu perkebunan, batang besi atau taring

  • mengakibatkan luka dalaman yang serius

  • jika luka dalam, ia mudah terdedah kepada jangkitan kerana kuman dan kotoran mungkin telah terbawa ke dalam bersama

Calar-balar

  • dapat dilihat bila mana saluran darah di bawah kulit telah pecah akibat terjatuh, tergelincir atau berlaga

  • 'kehitaman mata' juga tergolong sebagai calar balar atau lebam yang perlu dirujuk kepada doktor bagi mengelakkan berlaku kerosakan mata, tengkorak atau tulang pipi

No comments

Powered by Blogger.