Renjatan
Ia berlaku disebabkan kekurangan pengaliran darah dalam tubuh. Kecederaan atau sakit dengan tiba-tiba boleh membawa kepada renjatan. Ketika pendarahan serius, seseorang boleh menemui ajal disebabkan renjatan yang teruk. Namun ia dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah bantuan kecemasan diberi dengan cepat dan betul.
Tanda Renjatan.
Tanda Renjatan.
- Kelihatan pucat
- Sejuk dan kulit melekit
- Denyutan nadi lemah dan pantas
- Rasa sakit dan hendak muntah
- Rasa hendak pitam dan pening
- Mungkin berasa dahaga kerana kehilangan cairan tubuh yang banyak (biasanya disebabkan terbakar atau pendarahan)
- Akan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri
Apa yang perlu dilakukan?
- Terlentangkan mangsa, tinggikan kedua-dua kaki bagi keberkesanan pengaliran darah
- Longgarkan bahagian pakaian yang ketat terutama pada bahagian leher dan pinggang
- Pastikan keadaan sekeliling tenang dan dapatkan seberapa banyak udara bersih
- Selimutkan mangsa agar sentiasa panas tetapi jangan pula biarkan badannya terlalu panas
- Elakkan daripada memberi sebarang makanan atau minuman kepadanya kerana ia boleh menyebabkan muntah
- Beri keselesaan dan keyakinan kepada pesakit dan periksa bahawa semua kecederaan telah dikenalpasti serta dirawat
- Dapatkan bantuan lanjut.
- Jika didapati pesakit tidak sedarkan diri, buka saluran udaranya. Periksa sama ada dia bernafas, jika tidak, beri bantuan pernafasan segera.
- Jika bernafas, pastikan dia dalam keadaan posisi pemulihan iaitu kepalanya didongakkan agar saluran udaranya terbuka luas.
- Sentiasa berada di samping pesakit
- Dapatkan bantuan ambulans secepat mungkin.
No comments