LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Tahniah

Inilah wajah-wajah gembira. 4 warga SKKD yang telah menerima surat perlantikan sebagai penolong kanan baru. Kira hadiah tahun baru lah nih...Dulu-dulu bila dapat naik pangkat mesti kena hantar jejauh.

Ni dia, Pn Hajah Rozanah bakal PK Koku baru di SK Asli Bumbun, Pn Norhaniah pula PK 1 di SK Kanchong Tengah, Pn Halizah PK HEM Kanchong Tengah gak, dan kat bawah tu abe Jemay kami (Azman) juga PK 1 sama Hjh Zana di SK Asli Bumbun.

Nampaknya kurang lagi ler warga kami. Hujung tahun lepas dah keluar juga ke sekolah lain kerana kenaikan pangkat iaitu Cikgu Sidek ke SK Sri Subang Jaya manakala Cikgu Mohd Zaman ke SK Seri Selangor disusuli Cikgu Aziz juga ke sekolah yang sama.

Tahniah kepada abang dan kakak2. Semoga sukses di tempat baru. Kekalkan kecemerlangan sebagaimana di sini. Sedih ni. Sob...Sob...Tapi abe Jemay jumpe sokmo, kami sama-sama berOUM. Kak Haniah, tahniah, kak sekarang dah sama level ngan kengkawan kak kat institut perguruan kan? Kak Haniah ni mahasitua cam kami tapi lain program. PGRS tu. Kak Zana pun, teruskan usaha... dah tinggal setahun je lagi OUM. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kesian cikgu-cikgu yang telah berpisah dengan sk kanchong darat.....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.