Terkehel
- Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.
- Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.
- Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran dengannya.
- Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.
Apa yang perlu dilakukan?
- Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa
- Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
- Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah
- Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit untuk setiap 4 jam
- Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan
- Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah
No comments