Komentar
Hari ini saya terbaca satu topik yang sedang menjadi perbincangan hebat di blog saudara Mazidul Akmar Sidek. Ia membicarakan kewajaran seorang guru mengoyak helaian buku anak didiknya yang berusia 8 tahun kerana tulisan murid tersebut yang buruk sehingga kanak-kanak itu trauma hendak membuat latihan. Ramai yang memberi komen pro dan kontra.
Pada kebanyakan ketika, ramai antara kita sudah tentu akan menyatakan bahawa perkara tersebut tidak wajar dilakukan oleh seorang guru yang berlatarbelakang akademik terdidik. Pada saya, sewajarnya kita perlu menghormati penjelasan guru terbabit. Jika beliau berasa tindakannya sebagaimana yang dinyatakan ingin mendidik anak tersebut, maka kita perlu menghormati pendapat beliau. Ia boleh menjadi peringatan kepada anak kecil itu. Namun, ia perlu diiringi penjelasan tentang kewajaran melakukan perkara tersebut dengan terang kepada murid itu. Kebiasaannya apabila seseorang guru bertindak menghukum muridnya, ia akan dijelaskan kenapa/mengapa.
Di sinilah peranan ibu bapa pula patut dimainkan. Terangkan kewajaran perlakuan guru kepada anak. Jangan sesekali melatah dan mengutuk guru di hadapan anak-anak kerana ia boleh menghilangkan rasa hormat anak tersebut kepada guru mereka. Apalagi bagi kes-kes yang tidak melibatkan kecederaan. Guru juga perlu begitu, di mana tidak juga boleh mengata yang buruk-buruk tentang ibu atau bapa kepada anak didik. Segala sesuatu perlu diterangkan dengan berbahasa. Jika berlaku sesuatu yang tidak disenangi, amalan berjumpa dan berbicara sangat wajar diamalkan supaya pembelajaran anak-anak mendapat keberkatan dek pemuafakatan ibu bapa dan guru.
Sebagai guru, saya juga adalah ibu dan menjadi perkara biasa kepada saya apabila anak-anak mengadu tentang guru mereka. Juga menjadi kebiasaan saya, apabila mendengar aduan, saya senyum sahaja sambil menerangkan yang baik-baik sahaja tentang kewajaran guru anak-anak bertindak serta berjanji akan berjumpa guru tersebut jika perlu. Sebagai ibu bapa, kita berhak memberi pendapat tetapi terangkan pandangan kita secara baik. Jika berasa penerangan guru tidak boleh diterima, jumpalah pentadbir sekolah.
Memang betul pendapat bahawa cara pendidik dulu dan sekarang berbeza. Begitu juga berbezanya pemikiran ibu bapa dan anak-anak sekarang. Namun pada saya, yang tidak patut berbeza adalah budaya hormat menghormati dan tidak memperlekeh pihak lain. Semua pihak patut saling melengkapi dalam proses pendidikan anak-anak jika ingin anak tersebut menjadi 'orang' atau insan. Anak-anak melihat telatah ibu bapa dan guru mereka. Biarlah mereka melihat yang baik-baik supaya membesar dengan terdidik. Budaya salah menyalah perlu dielak. Sebarang perlakuan negatif atau positif kita ibu bapa sudah tentu menjadi ikutan anak-anak.

No comments