LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Aktiviti Cuti Sekolah


Salam buat semua, khusus kepada anak2 didik warga SKKD. Bagaimana korang memanfaatkan cuti kali ini? Nampak cuti kita hampir ke penghujung. Cikgu harap ia diisi dengan aktiviti yang bermakna.

Pagi tadi cikgu ke perpustakaan awam Kuala Langat. Lama tak berkunjung ke sana. Macam biasa jumpa beberapa orang bekas anak murid cikgu. Alhamdulillah mereka masih ramah dan mesra. Malangnya tidak berjumpa seorang pun anak2 cikgu, murid tahun 6 sekarang. Kalau ada kelapangan, jenguklah ke perpustakaan. Betapa banyak ilmu dapat ditimba di situ. Jadikan buku sebagai teman, bukan televisyen.

Perpustakaan kita, seperti biasa mengadakan beberapa peraduan, tak putus2 sejak dulu untuk menarik warga kita berkunjung. Rebutlah peluang yang disedia. Hari ini, seperti biasa, masih ada peraduan mewarna, teka silang kata, teka buah dan teka jumlah halaman buku (dalam satu ikatan).

Cikgu tertarik juga dengan pameran 'Dadah Musuh No. 1 Negara' dengan kerjasama AADK. Ada peraduan lagi tentangnya. Petikan puisi di atas, cikgu ambil dari buku keluaran AADK. Bacalah.


No comments

Powered by Blogger.