Hari Usahawan SK Kanchong Darat 2015
Tanggal 14 November 2015, SK Kanchong Darat dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan Hari Usahawan SKKD. Hari Usahawan ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut, antaranya ialah jualan aneka makanan dan minuman; scuba diving, roller blade, memanah, repelling, aneka permainan, pameran, pertandingan, rumah misteri, memancing ikan, menangkap udang, pakaian bundle dan pelbagai lagi.
Keuntungan yang diperolehi dari Hari Usahawan ini akan digunakan untuk mengisi tabung PIBG, projek pembangunan sekolah, program kecemerlangan murid dan lain-lain lagi.
Memancing ikan dan menangkap udang
Scuba Diving
Aneka Permainan
Roller Blade
Rumah Misteri
Kraftangan
Pameran
Jualan Cenderahati
Jualan Bundle
Tahniah diucapkan kepada semua warga SKKD!
Sumber foto : Facebook Alumni SKKD
No comments