LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

LADAP i-THINK

Tarikh : 3 November 2015
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Aktiviti : LADAP i-THINK
Tempat : Anjung Musyawarah



Satu daripada 6 ciri aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 adalah kemahiran berfikir. Setiap murid perlu menguasai kemahiran ini untuk bersaing pada peringkat global. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah memperkenalkan projek i-THINK yang membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif).

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.


Sehubungan itu, Jawatankuasa LADAP SK Kanchong Darat telah mengadakan bengkel i-THINK kepada semua guru. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Jurulatih Utama i-THINK daerah Kuala Langat iaitu En. Mohd Hafiz bin Ali dan Pn. Rozita bt Abdul Rahman dari SK Seri Lanang.



 Bengkel yang disampaikan oleh En. Mohd Hafiz dan Pn. Rozita


Guru-guru khusyuk mendengar bengkel yang disampaikan


Terdapat 8 peta pemikiran yang telah dipatenkan iaitu:
  1. peta bulatan
  2. peta buih
  3. peta buih berganda
  4. peta pokok
  5. peta dakap
  6. peta alir
  7. peta pelbagai alir
  8. peta titi
8 peta pemikiran i-THINK


Guru-guru juga dikehendaki membina peta pemikiran i-THINK dan kemudiannya membentangkan di hadapan. Guru-guru dibahagikan kepada kumpulan panitia masing-masing.




Setiap panitia menyiapkan peta pemikiran masing-masing


Sesi pembentangan dan cadangan penambahbaikan oleh JU




Terima kasih kepada En. Mohd Hafiz dan Pn. Rozita di atas perkongsian ilmu. Diharapkan bengkel yang disampaikan ini memberi manfaat kepada semua guru dan dapat diaplikasikan dalam P&P. 

No comments

Powered by Blogger.