LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Hari Terakhir

Salam untuk semua...wah, baca title kat atas tu seperti ada sesuatu yang suspen. Ekeke...Tapi betul juga la sebab kejadian Jumaat semalam memang agak suspen. Bukan apa, dalam kesibukan mengurus tugas pada awal musim persekolahan sempat lagi kami ber'pot luck'. Segalanya adalah sebagai tanda perpisahan dan mengiringi pemergian sahabat2 yang akan bertugas di tempat baru sebagai Penolong Kanan.

Bagaimana hendak mengawal titis-titis mutiara yang tumpah dari kolam mata masing2. Setelah bertahun-tahun bersama, bertugas sebumbung, melalui pelbagai pahit manis sebagai pendidik, akhirnya terpaksa meninggalkan rakan2 tersayang meneruskan perjuangan di tempat baru. Suka dan sedih bercampur baur, sambil berkata, sambil mengelap mata...Nasib baik ketika sesi ucapan terakhir itu, ratu air mata tiada di situ kerana sibuk mengurus hal lain. Kalau tidak, sudah tentu drama menyayat hati berlaku...Tak ngapalah kan? Janji bukan drama seram...

Kak Haniah tak lepas tisu di tangan tu, berucap sambil melayan tangisan. Apapun, tahniah sebab dapat hadiah kereta baru daripada che abang.

Lagi seorang ni menangis sampai lebam2 mata. Apa taknya, bukan setahun dua berkhidmat di sini. Tentu banyak memori Hjh Zana susah nak lupa.

Kak Liza pun gagal menahan sebak. Tapi kan, tak jauh pun sekolah baru kak Liza tu. Singgah2lah ke sini, bila2 masa bila rindu.
Terpaku juga dibuatnya Cikgu A. Rahim (PK 1) hari ini. Apa taknya, sekali pergi 4 orang. Hujung tahun lepas pun sama camni. Harapnya agar guru pengganti akan dibekalkan segera kepada kami.
Apalah amanat abe Jemay tu. Kemain lagi dia mengayat cik adik berdua tu. Perturunkan ilmu yang baik2 je tau...
Sempat lagi posing reramai nih...Yang senyum maintain senyum, yang sedih maintain sedih...sob...sob...

No comments

Powered by Blogger.