Nilai Diri Anak-anak
Saya tertarik dengan satu artikel yang dibaca dalam Berita Harian tulisan Hafizah Iszahanid berkenaan persepsi individu mengenai nilai diri. Menurut artikel tersebut, estim kendiri atau persepsi individu mengenai nilai dirinya, bergantung pada asuhan ibu bapa, latar belakang keluarga, pengalaman awal dalam kehidupan seharian. Estim kendiri penting bagi kanak-kanak dalam proses pembentukan diri. Estim kendiri positif dapat membantu kanak-kanak membesar menjadi seorang dewasa yang berjaya dalam hidup. Pendapat ini disokong oleh Pensyarah Psikologi dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor.
Pembentukan estim kendiri tidak sama bagi setiap kanak-kanak. Ia bergantung pada asuhan ibu bapa, latar belakang keluarga dan pengalaman awalnya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, tidak dinafikan ada kalangan kanak-kanak yang ibu bapa bercerai atau tidak mendapat layanan dan kasih sayang yang adil daripada mereka, cenderung memiliki estim kendiri negatif.
Estim kendiri yang negatif juga boleh berlaku jika ibu bapa terlalu meletakkan sasaran tinggi dalam keputusan akademik.
Peranan ibu bapa dalam membentuk estim kendiri anak.

- Kanak-kanak dapat merasakan emosi di sebalik cara ibu bapa bercakap dengan mereka dan tingkah laku ibu bapa dengan mereka. Tunjuk dan beritahu anak anda menyayangi dan ambil berat mengenai mereka.
- Memuji, memeluk mereka dan mengkritik dengan membina. Memuji juga dengan membina, misalnya, abang memang pandai tapi mama tahu kalau abang rajin baca buku abang akan jadi lagi pandai.
- Jangan membezakan kasih sayang misalnya lebih menyayangi anak lelaki dan bersikap kasar dengan anak perempuan.
- Jangan meletakkan label pada anak. Misalnya, kau ni lembap.
- Mudah bergaul
- Boleh mendengar pendapat orang lain
- Boleh dipertanggungjawabkan
- Tidak takut mencuba perkara baru
- Kenyataan dan jangkaan negatif
- Tidak mahu mencuba benda baru
- Rasa tidak disayangi
- Menyalahkan orang lain atas kesilapannya
- Tidak yakin dengan keupayaannya sendiri
- Mudah dipengaruhi.
Sumber : Berita Harian
No comments