LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Pemantauan Berkelompok

Pagi ini, kami dilawati oleh 10 orang para pegawai PPD Kuala Langat dengan diketuai oleh En Muhamad Yusri b Dahrumi (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah) seawal jam 7.30 pagi. Para pegawai tersebut dalam rangka lawatan ke sekolah-sekolah dalam daerah ini. Kami merupakan tempat kunjungan kedua bagi sesi 2009.

Seramai 7 orang guru telah dicerap sepanjang pagi ini. Alhamdulillah, masing-masing menjalankan proses pengajaran pembelajaran dengan jayanya. Walaupun ramai guru tiada kerana kenaikan pangkat, menghadiri kejohanan2 sukan peringkat daerah, serta ada yang cuti bersalin, alhamdulillah berkat semangat muafakat, pengajaran pembelajaran semua kelas berjalan lancar.

Kami juga diberi taklimat dan teguran membina daripada Penolong PPD serta En Agos Salim (Ketua Unit PPSMI). Pihak kami amat menghargai usaha murni serta segala tunjuk ajar yang diberi. Semoga semangat pemuafakatan antara pihak sekolah dan PPD akan membuahkan hasil yang cemerlang dalam pendidikan anak2 khususnya di sekolah ini.

No comments

Powered by Blogger.