LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

Khasiat Buah Naga

Ia berasal dari Mexico dan banyak ditanam di negara seperti Vietnam dan Afrika Selatan kini telah mendapat tempat di Malaysia. Buah naga atau nama latinnya, Hylocereus Undatus tergolong dalam keluarga Cactacese atau kaktus, mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran yang baik. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu jenis isi putih (Hylocereus Undatus), merah (Hylocereus Polyrhizus dan kuning (Hylocereus Megalanthus). Berat buah antara 200 gram hingga 800 gram dan mempunyai khasiat yang banyak malah diiktirafkan sebagai buah 1,001 khasiat.

Ia dipercayai dapat menurunkan kadar kolesterol, mengimbangi kadar gula dalam darah, mencegah kanser, mencegah pendarahan, mengelak keputihan, menguatkan fungsi ginjal dan tulang, menguatkan minda, meningkatkan ketajaman mata serta sebagai bahan kosmetik. Selain itu, pokok yang boleh hidup selama 15 tahun ini juga boleh membantu mengurangkan masalah sembelit, darah tinggi, menghaluskan kulit wajah dan sesuai sebagai pemakanan untuk pesakit diabetis. Ia mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan, selain bijinya yang boleh membantu pelawasan dan kaya dengan fiber.

Jadi, dinasihatkan makanlah bebanyak yer, terutama kepada rakan-rakan guru dan ibu bapa. Apalagi bagi guru-guru yang telah mencapai DG 40 ke atas. Umur2 kita nih perlu menjaga kesihatan sebaik-baiknya selain amalan makan madu dan kurma...

Sumber : Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.