Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Lifelong Learning boleh ditakrif sebagai proses latihan, pembangunan diri dan pembelajaran sepanjang hayat. Kini ia menjadi satu budaya dalam banyak organisasi dan ia tidak berlaku sekelip mata. Setiap individu perlu bertanggungjawab bagi pembelajaran diri sendiri dan dilengkapkan dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Kepentingan ilmu boleh dilihat dari maksud hadis Nabi Muhammad (s.a.w) “Barangsiapa yang menginginkan dunia, dia harus berilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat dia harus berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan keduanya sekali, dia harus berilmu.” Ilmu yang dimiliki tidak bererti jika tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Kata Imam Ghazali ”Insan akan hancur kecuali orang-orang yang berilmu. Orang-orang yang berilmu akan hancur kecuali orang-orang yang ikhlas dan jujur”. Maka dengan itu, menjadi kewajiban kita menambah ilmu dalam meningkatkan kemahiran diri. Memandangkan kemajuan dan perkembangan dunia sentiasa berubah, maka kita perlu menambah ilmu mengikut peredaran masa tanpa melupakan ilmu asas yang sedia dimiliki. Jika tidak, kita akan sentiasa ketinggalan dalam banyak perkara. Semoga budaya menuntut ilmu sepanjang hayat akan menjadi ikutan anak-anak kita, bakal pemimpin pada masa hadapan. InsyaAllah.
No comments