LAMAN RASMI SK KANCHONG DARAT

https://skkdcemerlang.blogspot.com/2021/06/blog-post.html

LADAP Penataran Format Instrumen Pentaksiran UPSR 2016

Bersempena dengan format baru UPSR yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, satu LADAP Penataran Format Instrumen Pentaksiran UPSR 2016 telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kanchong Darat, Tn. Hj. Abdul Hamid b. Hj. Md Daud kepada semua guru.




 Guru Besar sedang memberikan taklimat.




Guru-guru sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar


Berikutan kertas Bahasa Inggeris untuk pemahaman dan penulisan dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun hadapan, calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred berbanding lima gred sekarang. Terdapat penambahbaikan pada kertas UPSR. Antaranya kertas UPSR bagi subjek BM dan BI untuk ujian pemahaman akan mempunyai soalan dalam bentuk subjektif.









Guru-guru boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan contoh instrumen.



Setiap panitia akan membuat bengkel untuk membincangkan lebih lanjut lagi mengenai format dan instrumen contoh UPSR 2016. 

No comments

Powered by Blogger.