Perkhemahan Anugerah Rambu Bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Unit Pengakap Muda Peringkat Negeri Selangor 2015
Pada 30 Oktober hingga 1 November 2015 lepas, SKKD telah menghantar 8 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak untuk menyertai Perkhemahan Anugerah Rambu Negeri Selangor yang telah diadakan di Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort Hulu Langat. Ahli-ahli pengakap tersebut ialah
- Eazam Arif b. Mohd. Khairullah
- Zaid b. Rosli
- Mohd Hanif b. Aimi
- Nor Aiman b. Alias
- Anis Aqilah bt. Bakri
- Aina Syafiah bt. Saleh
- Ainina Nafisha bt. Norli
- Luqman Nul Hakeem b. Zulkifli
Antara aktiviti yang perlu dijalani oleh mereka adalah membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki), simpulan dan ikatan (buku sila, bunga geti, simpul sentak, tindih kasih, simpul manuk, lilit dua simpul), pek bercuti (sukan rakyat), berkhemah (mendiri dan menurunkan khemah, nyanyian lagu-lagu pengakap), Malam Pengakap (Tarian Tradisional), Ceramah (Persediaan Ke Arah Pengakap Raja) dan Khidmat Masyarakat (membersihkan kawasan perkhemahan).
No comments